Wednesday, October 19, 2011

Oktober 2011

Assalamualaikum.. 


ini entry yg pertama aku dalam bulan oktober. sekarang aku sangat buzy, bukanla macam perdana menteri. Hatta artis pun bukan. Aku buzy menjadi diri aku sendiri. hahahaa... last few weeks, aku sibuk menguruskan PERKAMPUNGAN TEATER PENTAS 2011 UPM.. Alhamdullillah, kesibukan + penat lelah + perasaan marah menjadi rasa bahagia bila program yang dirancang berjalan dengan jayanya. Kelam kabut la bila dapat tau tempat tak settle pun. tapi nasib baik gaks aku ada Eksekutif2 yang berwibawa. Mereka yang settle kan masalah itu, :) 


lepas je perkampungan habis, aku sibuk bergelumang dengan nota, report, & lain - lain bahan ilmiah. sebabnya demam test 1 dah start. so tanpa berlengah masa aku terus la study sambil menyudahkan assignment, report dan segala yang perlu disiapkan. sekarang pun masih lagi dalam minggu ujian 1. tapi aku curi sikit masa untuk menulis blog yang dah lama bersawang nie.. :P 


aku sebenarnya dah ketandusan idea nak mengarang tapi aku masih nak tekan papan kekunci ini. Nak meluah perasaan, aku rasa tak perlu kat sini. sebabnya aku..... urgh, berhenti la kat sini sahaja.. lagi banyak aku tulis lagi banyak ~!@#$%^&*()_++_)(*&^%$#@!~ so baik aku stop sini... nanti aku upload gambar perkampungan tue. bye



Thursday, September 22, 2011

Saya sangka kita dah melupakan peristiwa yang berlaku. Awak sendiri mengaku sudah bahagia di samping si dia. Kenapa diungkit benda yang dah lama berlalu. Ya, saya tau semua adalah salah saya. Awak menjadi mangsa dalam permasalahan saya. Saya tak pernah merungut sepanjang hubungan kita, malah sentiasa menjadi kenangan terindah dalam hidup saya. Tetapi tolong ikhlaskan hati awak untuk memaafkan saya. Jangan biarkan saya merasa bersalah. Saya masih perlu mencari kebahagiaan saya sendiri. Kebahagiaan untuk keluarga saya. Kebahagiaan yang awak sedang kecapi sekarang. Saya senantiasa mendoakan kebahagiaan awak sekeluarga. Jika awak masih tidak dapat memaafkan saya. Saya akan pastikan yang awak bukan saja tidak terlihat saya. Malah kelibat pun tidak akan awak dapat jejak. Maafkan saya.
                                                                                                                          Aisy Hadira  
                                                                                                                    2.56 am                                                                         
                                                                                                                                     22 September 2011
Aisy Hadira Kemakmuran hidup pandai bijak

Bab 1 

Suasana di fakulti hari ini sangat tenang, tidak seperti hari sebelumnya. Ini kerana hari ini merupakan hari pertama peperiksaan akhir semester bagi sesi Julai 2005. Kebanyakan pelajar dilihat sedang sibuk mengingati segala formula yang telah dipelajari sepanjang 5 bulan pengajian. Di satu sudut terlihat seorang gadis rangi berambut panjang begitu tenang memandang ke arah tasik sambil memegang nota kecil. Duduk di sudut tanpa mempedulikan rakan - rakan sekelasnya yang lain. Pengawas peperiksaan telah membuka pintu dewan peperiksaan, si gadis berlalu masuk bersama sama rakan sekelasnya. Berjuang untuk memperolehi nilai gred yang tinggi. Mempertaruhkan ilmu yang ditimba sepanjang semester di atas sebuah buku jawapan. Buku yang akan memberi seribu satu pemahaman sepanjang semester. Begitu tekun menulis sehingga selesai masa yang ditetapkan.

        'Oit, Aisy, Aisy. Mengelamun eh,' sakat Nabila.

Suka benar dia mengganggu Aisy Hadira yang kuat mengelamun itu. Rakannya itu kalau mengelamun boleh mengambil masa berjam jam. Entah apa yang difikirkan, Fatimah tidak tahu. Berulang kali Nabila menyatakan kesudian untuk berkongsi rasa tetapi sering ditinggalkan tanda tanya. Aisy Hadira gadis genit yang lincah tetapi hidupnya penuh rahsia.

      'Ish, tak reti beri salam ke Cik Nabila. Nasib baik kawan karib kau ini tak ada sakit jantung kalau tidak alamatnya, keras kat sini,' marah Aisy Hadira.
      'Ha, kau kenapa lambat. Dah naik keras punggung aku tunggu kau, tau tak,' sambung Aisy Hadira.

Tersengih Nabila kerana menyedari kesalahannya. Memang kalau ikutkan dia berjanji untuk berjumpa sejam yang lalu tetapi belum sempat dia keluar dari kelas tadi. Sepelaung Prof Zambri memanggilnya.

     'Aku minta maaf Aisy, memang lepas kelas tadi aku nak datang ke kafe. Tetapi Prof Dr Zambri panggil suruh ikut dia ke pejabat dia,' terang Nabila kepada sahabatnya.

Aisy hanya mendengar tanpa memberi sebarang komen, kerna dia kenal dengan pensyarah muda itu. Prof Dr Zambri Azizi, pensyarah muda yang telah menang beberapa anugerah kecemerlangan di dalam dan luar negara. Pensyarah kejuruteraan trafik yang gemar memanggil pelajar yang dirasakan kurang menumpukan perhatian di dalam kelasnya.

    'Kau kena tolong aku Aisy, assignment yang aku dapat berganda dari apa yang orang lain dapat.' luah Nabila apabila melihat Aisy Hadira senyap sedari tadi.
    'Kau nak suruh aku tolong apa?'
    'Tolong buatkan assignment ini,' gaya paling manja Nabila buat supaya dapat memikat hati Aisy Hadira.
    'Hohoho, sorry kalau setakat tolong ajar macam mana nak selesaikan soalan - soalan ini. Insya-Allah aku boleh tolong tapi kalau suruh aku buat. Erm, alamatnya assignment kau ke laut la.' ujur Aisy Hadira. Kerja Aisy Hadira sendiri menimbun, Nabila ada hati nak menambah beban yang dipikul. Mungkin mudah bagi Aisy Hadira kerana subjek Kejuruteraan trafik telah selamat dia selesaikan sejak semester pertama tahun pertama lagi. Maka segala assignment, tutorial dan kuiz masih cantik dalam jagaannya.

This page is contain unsangkarable, too black, too fat, too terrible and also unpredictable. Sometimes can be cute among others. Simple and hard to get mad person but once been disturbed she will exploded like boom.