Saturday, April 6, 2013

Ini Kisahku

Prolog 

Meriah halaman rumah Haji Ghazali pagi ini, semua orang sibuk melakukan persiapan akhir sebelum berlangsungnya majlis pernikahan anak gadis bongsu Haji Ghazali dan Hajah Salina. Di dalam teratak yang dinamakan, Teratak Bonda. Alyah Sofea binti Haji Ghazali gelisah memikirkan pernikahannya yang bakal berlangsung sebentar lagi. Alyah Sofea bakal dinikahkan dengan pilihan orang tuanya, lelaki yang tidak pernah dikenali. Jangankan berjumpa, melihat gambar pun tidak pernah. Sikap tidak ambil peduli untuk mengenali bakal suaminya sebelum ini adalah salah satu tanda protest terhadap pernikahan ini. Alyah Sofea merasakan terlalu awal baginya untuk menamatkan zaman gadisnya. 

        'Bonda, tolong Fea bonda. Fea masih belum bersedia untuk berkahwin,' rayu Alyah Sofea sambil menyeka air matanya. 

Hajah Salina, bonda Alyah Sofea hanya mampu mengusap lembut kelapa anak bongsunya. Simpati terhadap Alyah Sofea mengunung tetapi kasihnya pada suami mengatasi kasih sayang terhadap Alyah Sofea. Haji Ghazali telah menerima pinangan sahabat karibnya semasa sama - sama merantau ke negara orang. Persahabatan yang terjalin selama 20 tahun itu perlu dieratkan dengan menjodohkan anak mereka. 

        'Bonda rasa tak salah Fea terima pilihan Baba, Insya-Allah Farid boleh jadi suami yang baik,' pujuk Hajah Salina. 

Tersedu sedan Alyah Sofea, mengenang nasib diri. Masih di tahun kedua Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam, dia sudah disuruh menamatkan zaman gadisnya. Dengan pilihan Babanya, Farid Iskandar anak kenalan rapat Babanya. 

        'Fea, Baba buat semua ini untuk kebahagiaan Fea. Farid seorang anak yang taat, Baba percaya dia akan menjaga Fea dengan sempurna,' luah Haji Ghazali sambil menarik Alyah Sofea ke dakapannya. 

          'Baba, Fea masih belajar. Tak boleh ke Fea habiskan belajar dulu, lepas graduat Baba nak Fea menikah pun Fea tak kisah. Tapi Baba bagi Fea habiskan belajar dulu,' rayu Alyah Sofea dalam dakapan Haji Ghazali. 

            'Aku terima nikahnya Alyah Sofea binti Ghazali dengan mas kahwin RM2103 tunai,' 
            'Sah. Alhamdullillah,' 

Kini Alyah Sofea Haji Ghazali telah sah menjadi isteri kepada Farid Iskandar Haji Taufik dengan sekali lafaz. Alyah memandang lelaki yang sedang bersalaman dengan Babanya, Haji Ghazali. Haji Ghazali memeluk erat menantu bongsunya. Sayu hati Haji Ghazali saat melafazkan serah tanggungjawab ke Farid Iskandar. Suasana menjadi syahdu saat Haji Ghazali menarik nafas setelah habis serah tanggungjawab, air mata yang ditahan Haji Ghazali gugur saat memeluk menantu barunya itu. 

           'Baba harap Farid akan jaga Fea dengan sepenuh hati Farid,' nasihat Haji Ghazali semasa memeluk menantunya itu.

This page is contain unsangkarable, too black, too fat, too terrible and also unpredictable. Sometimes can be cute among others. Simple and hard to get mad person but once been disturbed she will exploded like boom.