Tersedu sedan Alyah Sofea, mengenang nasib diri. Masih di tahun kedua Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam, dia sudah disuruh menamatkan zaman gadisnya. Dengan pilihan Babanya, Farid Iskandar anak kenalan rapat Babanya.
'Fea, Baba buat semua ini untuk kebahagiaan Fea. Farid seorang anak yang taat, Baba percaya dia akan menjaga Fea dengan sempurna,' luah Haji Ghazali sambil menarik Alyah Sofea ke dakapannya.
'Baba, Fea masih belajar. Tak boleh ke Fea habiskan belajar dulu, lepas graduat Baba nak Fea menikah pun Fea tak kisah. Tapi Baba bagi Fea habiskan belajar dulu,' rayu Alyah Sofea dalam dakapan Haji Ghazali.
'Aku terima nikahnya Alyah Sofea binti Ghazali dengan mas kahwin RM2103 tunai,'
'Sah. Alhamdullillah,'
Kini Alyah Sofea Haji Ghazali telah sah menjadi isteri kepada Farid Iskandar Haji Taufik dengan sekali lafaz. Alyah memandang lelaki yang sedang bersalaman dengan Babanya, Haji Ghazali. Haji Ghazali memeluk erat menantu bongsunya. Sayu hati Haji Ghazali saat melafazkan serah tanggungjawab ke Farid Iskandar. Suasana menjadi syahdu saat Haji Ghazali menarik nafas setelah habis serah tanggungjawab, air mata yang ditahan Haji Ghazali gugur saat memeluk menantu barunya itu.
'Baba harap Farid akan jaga Fea dengan sepenuh hati Farid,' nasihat Haji Ghazali semasa memeluk menantunya itu.