Sunday, May 12, 2013

Cuba Untuk Mengerti


Oh…oh…oh..
Bukankah Semestinya
Cinta Yang Bisa Membuat Bahagia
Namun Kau Yang Tak Pernah Mahu Mengerti
Ertinya Cinta…
Tak Habis Ku Berfikir
Sampai Bila Begini, Ku Menanti
Rasakan Indahnya Cinta…
(Chorus)
Ku Cuba Selalu Untuk Mengerti
Tapi Tak Mampu Bertahan Lagi
Akanku Jalani Hidup
Mengabdi Cinta Yang Pantas Untukku
Ikatan Cinta Sudah Berakhir
Buah Hati kan Menjadi Saksi
Hanya Waktu Menemani
Biar Kenangan Tersimpan Dihati
Oh…oh…oh…
Mengapa Pertengkaran Selalu Ada Antara Kita
Dan Begitu Mudahnya Kau Ucap Kata Ingin Berpisah
Seharusnya Kau Tahu, Takkan Semudah Itu
Bila Memang Kau Tulus Mencintaiku…
Ulang Chorus (2X)

Thursday, May 9, 2013

MELAYU JOHOR 1988 Oleh : Allahyarham Datuk Usman Awang Sasterawan Negara

Melayu Johor,
Telah terlalu banyak kita kehilangan,
Sawah ladang bertukar tangan,
Pekan dan bandar kita menumpang,
Teluk Belanga entah ke mana,
Yang tinggal hanyalah pakaian,
Sedarah sedaging hampir hilang,
Yang ada hanyalah setulang,
Selat Tebrau kian sempit,
Hati rindu jauh tergamit.

Di Johor,
Jawa itu Melayu,
Bugis itu Melayu,
Banjar itu Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Aceh dan Siak adalah Melayu,
Jakun dan Sakai lebih Melayu,
Arab dan Turki pekat Melayu,
Mamak dan Malbari jadi Melayu,
Malah mualaf bertakrif Melayu.

Melayu itu maknanya bijaksana,
Jika menipu pun bersopan,
Kurang ajarnya tetap santun,
Dajalnya cukup selamba,
Budi bahasa jangan dikira,
Beraninya cukup benar,
Tunduk bila bersalah,
Lembutnya cukup jantan,
Setia sampai ke kubur,
Biar mati adat jangan mati sahabat.

Anak Johor,
Luka di Tanjung Puteri,
Parutnya di Parit Raja,
Muka biar berseri,
Mulut biar berbahasa.

Berkelahilah cara Melayu,
Menikam dengan pantun,
Menyanggah dalam senyum,
Marahnya dalam tertawa,
Merendah bukan menyembah,
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan,
Jiwa Melayu mengangkat persahabatan,
Kasih sayang kekeluargaan,
Ringan tulang saling bertolongan,
Jujur memaafkan ikhlas memberikan.

Berdamailah cara Melayu,
Silaturahim yang murni,
Di mulut sama di hati,
Maaf sentiasa bersahut,
Tangan di hulur bersambut,
Luka pun tidak lagi berparut.

Melayu Johor saudaraku yang dikasihi,
Dalam kekeruhan ini carilah kejernihan,
Dalam sengketa ini sambutlah perdamaian,
Sifat terpuji setiap insan,
Bermuafakat supaya berkat,
Bersaudara dunia akhirat,
Berikhtiar dengan tabah,
Kepada ALLAH berserah.

MELAYU JOHOR
1988
Oleh : Allahyarham Datuk Usman Awang
Sasterawan Negara

Saturday, April 6, 2013

Ini Kisahku

Prolog 

Meriah halaman rumah Haji Ghazali pagi ini, semua orang sibuk melakukan persiapan akhir sebelum berlangsungnya majlis pernikahan anak gadis bongsu Haji Ghazali dan Hajah Salina. Di dalam teratak yang dinamakan, Teratak Bonda. Alyah Sofea binti Haji Ghazali gelisah memikirkan pernikahannya yang bakal berlangsung sebentar lagi. Alyah Sofea bakal dinikahkan dengan pilihan orang tuanya, lelaki yang tidak pernah dikenali. Jangankan berjumpa, melihat gambar pun tidak pernah. Sikap tidak ambil peduli untuk mengenali bakal suaminya sebelum ini adalah salah satu tanda protest terhadap pernikahan ini. Alyah Sofea merasakan terlalu awal baginya untuk menamatkan zaman gadisnya. 

        'Bonda, tolong Fea bonda. Fea masih belum bersedia untuk berkahwin,' rayu Alyah Sofea sambil menyeka air matanya. 

Hajah Salina, bonda Alyah Sofea hanya mampu mengusap lembut kelapa anak bongsunya. Simpati terhadap Alyah Sofea mengunung tetapi kasihnya pada suami mengatasi kasih sayang terhadap Alyah Sofea. Haji Ghazali telah menerima pinangan sahabat karibnya semasa sama - sama merantau ke negara orang. Persahabatan yang terjalin selama 20 tahun itu perlu dieratkan dengan menjodohkan anak mereka. 

        'Bonda rasa tak salah Fea terima pilihan Baba, Insya-Allah Farid boleh jadi suami yang baik,' pujuk Hajah Salina. 

Tersedu sedan Alyah Sofea, mengenang nasib diri. Masih di tahun kedua Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam, dia sudah disuruh menamatkan zaman gadisnya. Dengan pilihan Babanya, Farid Iskandar anak kenalan rapat Babanya. 

        'Fea, Baba buat semua ini untuk kebahagiaan Fea. Farid seorang anak yang taat, Baba percaya dia akan menjaga Fea dengan sempurna,' luah Haji Ghazali sambil menarik Alyah Sofea ke dakapannya. 

          'Baba, Fea masih belajar. Tak boleh ke Fea habiskan belajar dulu, lepas graduat Baba nak Fea menikah pun Fea tak kisah. Tapi Baba bagi Fea habiskan belajar dulu,' rayu Alyah Sofea dalam dakapan Haji Ghazali. 

            'Aku terima nikahnya Alyah Sofea binti Ghazali dengan mas kahwin RM2103 tunai,' 
            'Sah. Alhamdullillah,' 

Kini Alyah Sofea Haji Ghazali telah sah menjadi isteri kepada Farid Iskandar Haji Taufik dengan sekali lafaz. Alyah memandang lelaki yang sedang bersalaman dengan Babanya, Haji Ghazali. Haji Ghazali memeluk erat menantu bongsunya. Sayu hati Haji Ghazali saat melafazkan serah tanggungjawab ke Farid Iskandar. Suasana menjadi syahdu saat Haji Ghazali menarik nafas setelah habis serah tanggungjawab, air mata yang ditahan Haji Ghazali gugur saat memeluk menantu barunya itu. 

           'Baba harap Farid akan jaga Fea dengan sepenuh hati Farid,' nasihat Haji Ghazali semasa memeluk menantunya itu.

Monday, March 18, 2013

Ini kisahku

Assalamualaikum,
Hallo,

Welcome.. welcome.. hehehe.. its been along time, this blog... ewah ewah.. speaking plaks.. hehehe.. okeh continue... sebenarnya saja aje update blog.. dah bersawang dah.. tiba tiba terasa nak berkarya pula.. topik kali ini simple aje..

Kehidupanku lebih kurang dengan orang lain.. dilimpahi kasih sayang keluarga, rakan - rakan, sahabat handai dan musuh.. eh musuh.. ada musuh ke? :) okeh berbalik pada tajuk. Ini kisahku akan berkisar tentang diri aku, pengalaman aku, perjalanan hidup aku yang tak seberapa nie... aku akan wat novel bersiri.. so nantikan lah ek... ini percubaan pertama, harap semua suka.. yang tak suka senyap - senyap bagi tau aku okeh :)

so till then.. nanti kan kemunculannya... bye...


Tuesday, November 6, 2012

Memory

Assalamualaikum.... 
Salam Sejahtera :)

Rasa lama dah tak karang apa - apa di ruangan ini..... eh stop... nape ayat aku skema... hahahaha... dah dah.. :) tak yah nak skema bema... :) okeh back to the topic. 

Kenape aku dah lama tak mengarang? Huhuhu... terlalu sibuk sebagai seorang pelajar.. tapi malam nie.. aku teringin nak kongsi dengan semua orang :) Ini semua gara - gara melayan  

Lagu lagu yang dimainkan adalah sejajar dengan zaman aku sekolah rendah sampai sekolah menengah :) Bawah nant aku akan post gambar boy band or group zaman2 aku yang telah membuat aku dan rakan rakan gigih train setiap petang dance :) 

M2M : The day you went away

Westlife: hampir semua lagu diorang nie aku hafal :)

Nsync : Byk dance lagu2 diorang la :P

Britney: cita cita nak jadi cantik dan sopan macam dia nie... heehe dulu sopan kot :)

Boyzone: hensom :P

Otown : erm yang zaman sekolah menengah :)

Backstreet boys... budak lelaki belakang jalan :P

Ada banyak lagi group yang aku minat dulu2 :) hehehehe gigih sangat.. tapi sekarang dah tak larat nak menaip... nite :) 

aku minat giler dulu dengan dia nie.. huhuhu adik kepada nick carter BSB 


This page is contain unsangkarable, too black, too fat, too terrible and also unpredictable. Sometimes can be cute among others. Simple and hard to get mad person but once been disturbed she will exploded like boom.